auto iklan

25 September 2012

Inovasi rekaan dalaman bangunan Malaysia

Inovasi rekaan dalaman bangunan Malaysia. Kita perlu inovasi dalam rekaan dalaman. Tujuan untuk keselesaan, kecantikan dan unik. Para pereka malaysia terutama pelajar dan akitek dan designer di saran agar inovatif dalam rekaan dalam rumah, peabut, rekaan dalaman bangunan dan pejabat.

Elemen semulajadi dan unik serta budaya boleh dijadi asas keselesaan dalam rekabentuk. Allah jadikan suatu ada sebab dan musabab. Manusia sebagai khalifah mereka cipta semula ikut akal idea masing-masing.

Contoh invasi rekaan oleh pelajar UiTM ini, bagus untuk kita, cari dan buat rekaan baru yang lagi inivasi.

Reka bentuk hentian bas yang diilhamkan daripada bentuk telur membawa tuah kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Dalaman Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, 22, yang terpilih mewakili negara ke persidangan itu.

Katanya, konsep rekaan kemudahan pengangkutan itu membolehkan orang ramai menunggu bas dengan lebih selesa dan menyokong usaha kerajaan menggalakkan penanaman pokok bagi mengurangkan kesan pemanasan global.

“Umpama kulit telur yang melindungi isinya, hentian bas berbentuk lonjong seperti telur memastikan perlindungan lebih menyeluruh daripada cuaca panas dan hujan serta habuk, peredaran udara lebih baik serta kurang gangguan bunyi bising kenderaan.

“Tumbuhan juga boleh diletakkan pada struktur besi yang melingkari reka bentuk hentian bas ini sekaligus menerapkan konsep hijau yang kini menjadi penekanan bagi memelihara alam sekitar,” katanya yang menjadikan hasil rekaan Hijaz Kasturi sebagai inspirasi.


IKLAN 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IKLAN ADSENSE