Seperti diketahui, setiap keluarga mempunyai gaya hidup, keperluan serta bajet tersendiri. Ini sama seperti kediaman yang mempunyai unit terancang direka bentuk serta dihias mengikut cita rasa individu. Maka, pilihan gaya sewajarnya dibuat secara berhati-hati dengan mengambil kira beberapa perkara.
2 peringkat perancangan ruang dalam rumah
- Peringkat sebelum bina pelan rumah, apa yang perlu di rancang ialah konsep ruang dan bagaimana susun atur ruang. (ini sesuai untuk rumah bina sendiri). atau bina rumah di tanah sendiri. Ruang apa nak bina, asasnya ialah ruang dapur, bilik air, blik tidur suami isteri, bilik anak perempuan, bilik anak lelaki, ruang tamu, ruang keluarga, dan ruang solat atau tetamu. Semua itu kena ikut kemampuan kita
- Perancangan selepas pembinaan - maksudnya hiasan dalaman dan bahan yang nak pilih dan warna atau konsep dalaman. Perkara ini ada hubung kait dengan peeringkat 1 sebelum kita bina dan konsep dalaman yang kita nak buat.
- Ruang Awam' - Ruang Tamu dan Ruang makan
- 'Separa awam' - Bahagian Dapur, Ruang Makan di dapur.
- 'Privacy' - Ruang Bilik Tidur.
Saiz ruang dan bahan
Saiz ruang bergantung kepada kemampuan. satiap kaki persegi ruang ada nilai dan kos berdasarkan kos kaki persegi atau m2, Kemudian pemilihan bahan, samada batu, bata, kayu, besi dan melibatkan elemen kos yang perlu di ambil kira.
Saiz yang selesa dan saiz minima bagi bilik ialah 10' x 10' atau 10' x 12', besar lagi baik. Biasanya rumah teres mereka design 10' x 10' atau 3m x 3m. Bagi saya ini saiz minima dan sederhana
Tiada ulasan:
Catat Ulasan