auto iklan

Sep 26, 2012

Pemandu Maut di Laluan MRT

Pemandu Maut di Laluan MRT. Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas sebuah kereta terbabas lalu merempuh sebuah lori dan sekumpulan pekerja di tapak laluan projek MRT di ibu negara, awal pagi tadi. Pemandu kereta yang tersepit di tempat duduk keretanya, maut di tempat kejadian. Kemalangan berlaku jam 2:30 pagi tadi di Jalan Cheras - Kajang berhampiran Taman Segar arah Kajang.

Siasatan awal mendapati, kereta dipandu laju oleh seorang lelaki dari arah pusat bandaraya.
Sebaik melalui susur bertingkat di Bulatan Billion, kereta ini hilang kawalan lalu merempuh kon-kon keselamatan, dan kemudiannya di belakang sebuah lori. Ketika kejadian, lori dan beberapa pekerja berada di laluan paling kanan jalan untuk kerja-kerja awal tapak laluan MRT.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Ng Wee Teong, 31 tahun. Sepasukan anggota bomba dari Balai Cheras mengambil masa kira-kira setengah jam bagi mengeluarkan mayat Ng. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Video Boleh di lihat di TV3
IKLAN 1

No comments:

Post a Comment

IKLAN ADSENSE